◉ HEADLINES

Cederakan OCPD Dang Wangi perbuatan keji dan mesti dikecam: Anwar

Anwar berkata berhimpun secara aman tidak seharusnya disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram dalam kalangan rakyat

6:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam iaitu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Suzilme Affendy Sulaiman oleh pihak berkepentingan serta tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.

Justeru Perdana Menteri menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera serta memberkas dalang dan penyerang yang bertanggungjawab dalam insiden berkenaan.

“Kerajaan hormat hak untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian, dan ia dibuktikan dengan konsisten melibatkan pelbagai himpunan sebelum ini.

“Namun, prinsip kebebasan juga menuntut kita untuk bertanggungjawab dan mesti patuh tunduk pada hukum, adab dan undang-undang,’’ katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Suzilme Affendy Sulaiman cedera di muka akibat terkena balingan batu ketika terlibat dalam mengawal keadaan semasa operasi pengosongan rumah dijalankan di Kampung Sungai Baru, di sini hari ini.

Beliau mengalami luka di bahagian kepala dengan berdarah mengalir di bahagian muka. Gambar kecederaan Suzilme kini tular di media sosial.

Menurut Anwar, berhimpun secara aman tidak seharusnya disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram dalam kalangan rakyat.

“Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat,’’ katanya. – 11 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related