◉ HEADLINES

Gesa ajar Tamil, Mandarin di Pasti ‘pemikiran kampung’: Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim sebelum ini mencadangkan supaya kedua-dua subjek berkenaan diperkenalkan kepada semua pelajar di sekolah kebangsaan bagi memupuk perpaduan

5:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menolak gesaan seorang Ahli Parlimen DAP supaya PAS memperkenalkan bahasa Tamil dan Mandarin di pusat prasekolahnya, Pasti, dengan menyifatkannya sebagai pemikiran tahap kampung.

Menurutnya, usaha sebenar untuk memperkukuh perpaduan kaum perlu dilaksanakan di peringkat nasional melalui dasar, bukannya melalui inisiatif kecil secara berasingan.

Jelasnya, ia adalah soal perpaduan nasional dan tidak boleh diselesaikan oleh satu atau dua institusi sahaja.

“Tujuannya nak mengurangkan sensitiviti antara kaum, cadangan saya bukan mandatori untuk dilaksanakan tapi satu alternatif kepada sekolah-sekolah.

“Kalau kita boleh ajar bahasa Cina, India di sekolah kebangsaan, sekurang-kurangnya kalau pelajar berminat mereka boleh ambil,’’ katanya lapor Utusan.

Beliau berkata demikian pada Forum Ummah Muslim Antarabangsa (Munif) di Jitra, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng berkata jika Tuan Ibrahim benar-benar ikhlas dengan cadangan untuk memperkenalkan mata pelajaran Tamil dan Mandarin di sekolah kebangsaan, maka beliau sepatutnya terlebih dahulu membuktikan kesungguhannya dengan melaksanakan perkara yang sama di Pasti, prasekolah milik PAS.

Lip Eng menegaskan bahawa Mandarin dan Tamil sudah lama ditawarkan sebagai mata pelajaran tambahan di sekolah kebangsaan.

“Cadangan ini jelas membuktikan bahawa beliau tidak memahami sistem pendidikan sedia ada, atau lebih teruk, beliau sengaja mahu membangkitkan isu yang tidak wujud,” katanya.

Beliau juga bertanya sama ada ini merupakan pandangan peribadi Tuan Ibrahim atau pendirian rasmi PAS.

Lip Eng berkata demikian susulan kenyataan Tuan Ibrahim pada Sabtu yang mencadangkan supaya kedua-dua subjek berkenaan diperkenalkan kepada semua pelajar di sekolah kebangsaan bagi memupuk perpaduan. – 14 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related