◉ HEADLINES

Isu mansuh matrikulasi UMANY: Polis sahkan terima 4 laporan

Polis berkata kenyataan itu berpotensi mewujudkan persepsi negatif terhadap sistem pendidikan negara, mencetuskan rasa tidak puas hati masyarakat serta kegentaran awam

10:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu berkata, setakat ini pihaknya menerima empat laporan polis berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) Tang Yi Ze susulan cadangan memansuhkan program matrikulasi.

Beliau berkata, kenyataan itu menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memansuhkan program matrikulasi dan menjadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai laluan tunggal kemasukan ke universiti awam (UA).

M Kumar berkata kenyataan itu didapati berpotensi mewujudkan persepsi negatif terhadap sistem pendidikan negara, mencetuskan rasa tidak puas hati masyarakat serta kegentaran awam.

“Setakat ini empat laporan polis dibuat oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan UMANY.

“Satu laporan polis itu diterima pada 12 September lalu berhubung kenyataan yang dibuat oleh UMANY melalui presidennya, Tang Yi Ze, yang disiarkan oleh sebuah portal berita atas talian tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini lapor BH.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tegasnya, pihaknya tidak akan berkompromi dalam menangani sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan akan menjalankan siasatan sewajarnya.

“Orang ramai turut dinasihatkan sentiasa berhemah serta bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada di ruang awam mahupun media sosial,” jelasnya lagi.

Dalam laporan media sebelum ini, Yi Ze menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan STPM dijadikan sebagai piawaian tunggal bagi kemasukan jurusan ijazah di UA.

Bagaimanapun, tuntutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak, antaranya Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang mempertahankan program matrikulasi sebagai laluan penting ke pendidikan tinggi.

MPPK turut risau pemansuhannya akan mengurangkan peluang akses pendidikan kepada sebahagian besar pelajar dan tidak mencerminkan kepentingan jangka panjang pembangunan pendidikan negara.

Mengikut peruntukan undang-undang, Seksyen 505(b) memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – 16 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related