◉ HEADLINES

Baru tiga tahun tadbir sudah dabik dada, Ahmad Maslan sindir GRS

'Mereka kata kita parti Malaya tetapi kitalah telah memajukan Sabah selama 34 tahun, GRS baru tiga tahun ada di Sabah tetapi bukan main mereka dabik kata parti lama,' kata Ahmad Maslan

3:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) telah membangunkan Sabah lebih 34 tahun sekali gus menunjukkan parti itu lebih memahami kemahuan rakyat tempatan, tegas Ketua Sekretariat War Room Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Meskipun diserang oleh musuh terutama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan melabelkan Umno sebagai ‘parti Malaya’ namun Ahmad berkata, BN telah meletakkan asas kemajuan dan peningkatan hasil negeri Sabah.

Sedangkan BN, ujar beliau, adalah parti lokal dan nasional, dalamnya ada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang 100 peratus tempatan.

“Mereka kata kita parti Malaya tetapi kitalah telah memajukan Sabah selama 34 tahun, GRS baru tiga tahun ada di Sabah tetapi bukan main mereka dabik kata parti lama,’’ katanya, lapor media tempatan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra dengan Umno Libaran di Sabah.

Ahmad turut memberikan contoh projek yang dijayakan seperti pembinaan lebuh raya Pan Borneo serta projek berimpak tinggi lain seperti Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), Projek Ammonia dan Urea Sabah (SAMUR) dan Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu.

Justeru Ahmad yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno turut meminta ahli parti itu lebih mengenali musuh dan berharap tiada kerjasama dengan GRS dan Warisan.

“Bebas yang dikatakan mahu tanding 10 kerusi pun musuh kita,” katanya.

Beliau yakin kemampuan Umno Libaran untuk mengekalkan DUN Sungai Sibuga dan Sungai Manila selain merampas kerusi Gum-Gum.

“Saya lihat persediaan cukup rapi dalam menghadapi PRN, tidak mustahil boleh menang besar nanti,” katanya. – 18 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related