◉ HEADLINES

Siasatan aset Dr Mahathir diperluas ke Switzerland

SPRM kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa kedua-dua negara untuk mendapatkan maklumat

2:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap aset bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diperluaskan ke Switzerland, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Sebelum ini siasatan awal dijalankan di United Kingdom (UK).

Azam berkata, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dari kedua-dua negara tersebut untuk mendapatkan maklumat.

“Kami juga melihat kepada negara lain seperti Switzerland. (Pada masa ini) kami masih bekerjasama dengan pihak berkuasa UK, antaranya Pusat Penyelarasan Anti-Rasuah Antarabangsa (IACCC), yang membantu kami sekiranya terdapat sebarang aset melibatkan Dr Mahathir, namun setakat ini masih tiada perkembangan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai kes tersebut selepas menghadiri Hari Integriti dan Kepimpinan 2025 di Universiti Multimedia di sini hari ini.

IACCC ialah sebuah unit khas di bawah Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) UK yang berpangkalan di London, turut membantu dalam kes ini.

Pada 9 September lalu, Azam memberitahu, siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad masih berjalan dengan tumpuan kini diberikan kepada aset yang dipercayai dimiliki beliau di UK.

Azam pada April 2024 dilaporkan berkata bekas Perdana Menteri itu antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Susulan penyiasatan itu, kedua-dua anak beliau diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Pada 21 Januari lepas, laporan menyebut, menurut pengisytiharan harta yang dikemukakan kepada SPRM, Tan Sri Mokhzani Mahathir memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion, manakala Mirzan Mahathir sebanyak RM246.2 juta.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata siasatan berhubung tangkapan yang dibuat berkaitan skandal ‘counter setting’ sedang dimuktamadkan, walaupun tiada tangkapan baharu dilakukan setakat ini.

“Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk mempercepatkan siasatan dalam tempoh tiga minggu akan datang. Sebarang perkembangan, termasuk sama ada akan ada pertuduhan atau tidak, akan diumumkan kemudian,” katanya. – 24 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related