◉ HEADLINES

Pegawai Jabatan Hutan didakwa 116 tuduhan rasuah lebih RM600,000 bantu dapat lesen pembalakan

Tertuduh didakwa menerima rasuah itu sebagai upah membantu Ching Fook Loong mendapatkan lesen bagi kerja-kerja pembalakan sebagai kontraktor pembalakan di Pahang

10:17 AM MYT

 

SEREMBAN – Seorang pegawai pemelihara hutan dari Pejabat Perhutanan Negeri Sembilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas 116 tuduhan menerima rasuah sebanyak RM649,169.68 bagi membantu seorang lelaki mendapat lesen kerja-kerja pembalakan.

Nazri Husin, 54, didakwa melakukan perbuatan berkenaan dari 2019 hingga 2023 dan pertuduhan dijalankan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Tertuduh didakwa menerima rasuah berkenaan sebagai upah kerana membantu Ching Fook Loong untuk mendapatkan lesen bagi menjalankan kerja-kerja pembalakan sebagai kontraktor pembalakan di Pahang.

Ia bagi Projek Ladang Hutan di kawasan Hutan Simpan Lesong (Mukim Keratong) Rompin, Pahang.

Hakim Kanageswari a/p Nalliah menetapkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap bulan di Sruruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berdekatan.

Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 28 November ini.

Pendakwa Raya adalah Taufik Awaludin manakala tertuduh diwakili Nurul Nadia Norrizan. – 3 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related