◉ HEADLINES

Peserta kejohanan ragbi SBP meninggal dunia, KPM batal acara tanda penghormatan

Allahyarham yang mewakili SMS Johor rebah ketika berdepan SMS Rembau (SEMESRA)

1:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP7s) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, selepas seorang pelajar meninggal dunia secara mengejut, semalam.

Selain menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid, KPM dalam satu kenyataan berkata, keputusan membatalkan kejohanan sehingga esok dan menjadualkannya semula adalah bagi menghormati pemergian peserta terbabit.

“Allahyarham yang rebah ketika perlawanan, telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan bertugas sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Seluruh warga KPM mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” kenyataan itu berkata.

Dalam kejadian semalam, Allahyarham Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, dilaporkan rebah secara tiba-tiba ketika permainan sedang berlangsung.

Difahamkan, pelajar Sekolah Menengah (SMS) Johor itu segera diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan yang bertugas di padang sebelum dihantar ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.

Menurut laporan, Muhammad Fauzan dikatakan meninggal dunia semasa turun beraksi melawan Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) dalam Kejohanan Ragbi SBP7s semalam. – 4 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

◉ Related