◉ HEADLINES

SPRM peroleh perintah halang transaksi RM486.4 juta akaun Putera Turki Abdullah Abdul Aziz Al-Saud

Transaksi itu melibatkan wang yang disimpan dalam tiga akaun perbankan di Switzerland

1:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memperoleh perintah menghalang transaksi melibatkan wang berjumlah USD115,320,661.63 atau kira-kira RM486.4 juta yang disimpan dalam tiga akaun perbankan di Switzerland atas nama Putera Turki Abdullah, Abdulaziz Al-Saud.

Dalam kenyataannya, SPRM memberitahu, perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Kuala Lumpur, Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor.

Ia dibuat di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) pada pendengaran kes pada 9 Oktober 2025 susulan permohonan difailkan SPRM pada 7 Oktober lalu.

“Permohonan ini berdasarkan maklumat diterima SPRM pada 2011, bahawa Putera Turki Abdullah Abdulaziz Al-Saud telah menerima, memindah dan menggunakan hasil daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui akaun-akaun perbankan miliknya,’’ katanya hari ini.

SPRM memberitahu, ia berjaya menghalang transaksi melibatkan USD87,148,732.89 dan USD12,777,759.74 dalam dua akaun bank di J.P Morgan dan USD15,394,169 di dalam akaun bank UBS Switzerland. – 10 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related