◉ HEADLINES

SARA RM100 diberikan sekali lagi, disalurkan pertengahan Februari 2026

Ini akan disalur pada pertengahan Februari yang boleh dimanfaat untuk persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina

5:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sekali lagi kepada 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkannya berkata, ia akan disalurkan pada pertengahan Februari tahun depan.

“Sukacita saya umumkan, Kerajaan sekali lagi akan memberi 100 ringgit SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas. 

“Ini akan disalur pada pertengahan Februari yang boleh dimanfaat untuk persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina,’’ katanya ketika membentangkan Bajet 2026 di Parlimen hari ini.

Kredit RM100 Sara kali pertama diperkenalkan pada pada 31 Ogos lalu dan kekal sah sehingga 31 Disember 2025.

Ia boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara. – 10 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

◉ Related