◉ HEADLINES

5 ditahan termasuk 3 wanita selepas dikejar polis 80km dari Gua Musang ke Raub

Polis berkata terdapat tiga wanita warga Indonesia tanpa dokumen sah bersama 34 biji pil disyaki dadah jenis yaba dan satu peket dipercayai syabu di dalam kenderaan itu

8:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima individu termasuk dua lelaki tempatan ditahan selepas dikejar polis sejauh 80 kilometer (km) dari Gua Musang sebelum terbabas di hadapan Balai Polis Dong, Raub kelmarin.

Ketua Polis Daerah Raub, Mohd Shahril Abdul Rahman berkata pasukan peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang telah mengesan sebuah kereta Proton Preve dinaiki lima individu pada jam 10.15 pagi, di Jalan Tanah Putih, Gua Musang.

Beliau berkata pemandu enggan memberhentikan kenderaan ketika diarah berbuat demikian dan terus memecut sejauh kira-kira 80km sebelum terbabas di hadapan Balai Polis Dong selepas melanggar tiang lampu isyarat dan sebuah kenderaan lain.

Mohd Shahril berkata pemeriksaan ke atas kenderaan mendapati terdapat tiga wanita warga Indonesia tanpa dokumen sah bersama 34 biji pil disyaki dadah jenis yaba dan satu peket dipercayai syabu. 

“Siasatan awal mendapati dua suspek lelaki tempatan pula berperanan sebagai pengangkut atau transporter migran yang menerima bayaran bagi membawa warga asing dari Kelantan ke Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan semalam.  

Jelas Mohd Shahril siasatan lanjut turut mendapati nombor pendaftaran kereta itu juga palsu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. – 12 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related