◉ HEADLINES

Pensyarah wanita UiTM cawangan Pahang lemas di kolam renang

Polis berkata, mangsa mandi bersama-sama suami pada jam 4.30 petang dan disedari lemas sejam selepas itu

12:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang ditemukan lemas di kolam renang sebuah hotel di Chukai semalam, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman Wan Muhamad Wan Ja’afar.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang awam pada jam 7.10 malam.

Wan Muhamad berkata mangsa dikenali sebagai Nur Hazwani Abd Halim, 33, yang bertugas di Akademi Pengajian Bahasa mendaftar masuk hotel itu pada jam 4 petang hari sama.

“Mangsa dikatakan mandi bersama-sama suami pada jam 4.30 petang dan disedari lemas sejam selepas itu,” katanya lapor Bernama.

Difahamkan mangsa adalah anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri Datuk Abd Halim Jusoh.

Menurut Wan Muhamad, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat. – 12 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related