◉ HEADLINES

4 pelajar suspek kes rogol di Melaka telah dibuang sekolah

Keputusan itu dibuat Lembaga Tata Tertib Sekolah yang bersidang hari ini

2:25 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Empat pelajar yang didakwa terlibat dalam kes rogol beramai-ramai ke atas seorang pelajar perempuan di sebuah bilik darjah di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka, telah dibuang sekolah serta-merta.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Mohd Azam Ahmad, berkata, keputusan itu dibuat Lembaga Tata Tertib Sekolah yang bersidang hari ini.

Beliau memberitahu, pelajar terbabit juga tidak boleh menduduki peperiksaan SPM di sekolah mereka dan akan mengambilnya di tempat yang ditetapkan.

“Kebenaran untuk semua suspek menduduki peperiksaan SPM tidak sama sekali bermakna mereka akan terlepas daripada hukuman.

“Hak mereka sebagai murid dan calon SPM tetap kita akan diberikan,” katanya, lapor Malaysia Gazette.

Pada Sabtu, empat pelajar lelaki yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan, direman enam hari selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan bergilir-gilir di sebuah sekolah di Melaka, minggu lepas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar S R Arthana di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini bagi membantu siasatan.

Semalam, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, empat pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam kes rogol itu akan tetap menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 3 November depan. – 13 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related