◉ HEADLINES

Isu penjualan maklumat taktikal negara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Persoalan itu dibangkitkan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) kepada Menteri Pertahanan yang ingin mengetahui langkah-langkah damage control yang telah diambil kementerian

8:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan mengembalikan kepercayaan rakyat ekoran pendedahan media tentang penjualan maklumat keselamatan taktikal negara kepada pihak luar antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persoalan itu dibangkitkan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) kepada Menteri Pertahanan yang ingin mengetahui langkah-langkah damage control yang telah diambil kementerian bagi menangani isu itu.

V.Ganabatirau (PH-Klang) pula meminta Menteri Pertahanan menyatakan program yang dilaksanakan di bawah kementerian itu untuk menjamin kebajikan dan meningkatkan kemahiran pesara Angkatan Tentera Malaysia serta jumlah anggota yang telah dimanfaatkan melalui usaha sebegitu.

Pada sesi sama, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) bertanyakan soalan kepada Menteri Belia dan Sukan mengenai program mengenal pasti bakat atau ‘talent hunting’ dalam pelbagai bidang sukan prestasi tinggi dari peringkat sekolah rendah serta status dukungan ibu bapa dan sekolah terhadap pembangunan bakat daripada kanak-kanak sehingga menjadi atlet profesional.

Usai sesi soal jawab lisan, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 bagi hari ketiga pada Peringkat Dasar.

Menurut takwim Dewan Rakyat, sesi perbahasan Peringkat Dasar diadakan selama lapan hari bermula Isnin hingga 28 Okt ini, manakala perbahasan Peringkat Jawatankuasa bermula 5 hingga 27 Nov.

Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas mengangkat tema ‘Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’ dengan memperuntukkan RM419.2 bilion dan daripada jumlah itu, RM338.2 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus, manakala baki RM81 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan. – 15 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related