◉ HEADLINES

PRN Sabah 29 November ini

Hari penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing pada 15 dan 25 November

12:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 manakala penamaan calon pula pada 15 November.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh tarikh pengundian awal pula adalah pada 25 November.

“Sebanyak 1,784,843 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab masing-masing (pada PRN Sabah ke-17),” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi PRN Sabah ke-17 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu, hari ini. 

Terdahulu, pada 6 Oktober, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberikan laluan kepada PRN Sabah ke-17.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan, manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.

SPR menerima makluman rasmi berhubung pembubaran itu daripada Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya, juga pada 6 Oktober, sehari selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN. – 16 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related