◉ HEADLINES

Mayat dua beranak dipercayai dibunuh ditemui dalam keadaan mengerikan

Polis berkata siasatan masih dijalankan sama ada mangsa dirompak sebelum dibunuh atau sebaliknya

8:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat dua beranak, masing-masing seorang wanita dan anak perempuannya, dipercayai dibunuh, ditemui dalam keadaan mengerikan di sebuah rumah di Juru, Bukit Mertajam, malam ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail, ketika dihubungi media, mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat kedua-dua mangsa ditemui suami wanita berkenaan selepas pulang ke rumah pada kira-kira jam 7.30 malam tadi.

“Polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu, termasuk sama ada mangsa dirompak sebelum dibunuh atau sebaliknya.

“Pasukan forensik juga masih berada di lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut,” katanya malam tadi.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, mayat wanita berusia lingkungan 50-an itu ditemui di bahagian dapur di tingkat bawah rumah terbabit, manakala anak perempuannya yang berusia 11 tahun ditemukan di tingkat atas kediaman berkenaan.

Terdahulu media melaporkan, mayat wanita bersama anak perempuannya itu ditemui suaminya pada jam 7.30 malam tadi.

Difahamkan mayat wanita itu ditemui di bahagian dapur tingkat bawah rumah berkenaan dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya hampir putus manakala anaknya dalam keadaan meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah. – 19 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related