◉ HEADLINES

Kes bunuh dua beranak di Juru: Suami direman 7 hari bantu siasatan

Polis berkata ia bagi membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

1:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan reman seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita yang ditemui maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di Bukit Mertajam, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi media mengesahkan penahanan tersebut dan sudah membawa lelaki berkenaan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman selama tujuh hari.

Azizee berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan bagi membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, mayat dua beranak berkenaan telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi tujuan bedah siasat.

Terkini, polis sedang giat menjalankan siasatan untuk mengetahui motif sebenar kejadian itu.

Sebelum ini media melaporkan mayat wanita berusia 51 tahun dan anak perempuan, 11, ditemui mati dalam keadaan mengerikan, dipercayai dibunuh kejam di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru, Bukit Mertajam. 

Difahamkan mayat wanita itu dijumpai suaminya pada kira-kira jam 7.30 malam di bahagian dapur tingkat bawah rumah berkenaan manakala anaknya di tingkat atas.

Difahamkan mayat wanita itu ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya hampir putus manakala anaknya dalam keadaan meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah. 

Jenazah dua beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jeneri, Kedah sebaik proses bedah siasat selesai. – 19 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related