◉ HEADLINES

Insiden kibar bendera Israel: 8 individu selesai beri keterangan

Polis berkata individu berkenaan terdiri daripada penganjur, pelakon, pengiklan dan pencetak bendera berkenaan

3:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan lapan individu selesai memberi keterangan berhubung insiden mengibarkan bendera Israel ketika program “500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza”  di Lembah Sireh, Kota Bharu, 10 Oktober lalu.

Beliau berkata individu berkenaan terdiri daripada penganjur, pelakon, pengiklan dan pencetak bendera berkenaan.

Mohd Yusoff berkata, walaupun tindakan itu dilakukan untuk tujuan lakonan, ia tetap satu kesalahan kerana melibatkan simbol sensitif, selain Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

“Walaupun kononnya dibuat untuk tujuan lakonan semula atau sketsa, ia tetap satu kesalahan kerana boleh mencetuskan kekeliruan dan isu sensitif dalam kalangan masyarakat.

“Kita tidak mahu rakyat tersalah faham dan kertas siasatan berhubung perkara ini telah lengkap danakan diserahkan kepada Pegawai Pendakwa Raya Negeri untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Putrajaya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Bendera Israel yang turut dirampas itu menurutnya tidak dibeli secara dalam talian sebaliknya dicetak sendiri.

Media melaporkan pada 10 Oktober lalu, sebuah bot yang mengibarkan beberapa bendera Israel melakukan lakonan semula insiden penahanan bot sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) ketika dalam pelayaran menuju ke Gaza.

Program anjuran Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia itu disertai hampir 10,000 peserta yang menaiki bot masing-masing dan berarak dari Kampung Pulau Pisang hingga ke Lembah Sireh, meliputi jarak sejauh lapan kilometer sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

Dalam pada itu, polis akan menyiasat dakwaan pihak berkuasa Thailand mengenai sekumpulan penjenayah yang melarikan diri ke Malaysia selepas merompak kedai emas di sebuah pasar raya di pekan Sungai Golok, 5 Oktober lalu.

Setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada pihak Thailand berkaitan siasatan kes berkenaan. – 21 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

◉ Related