◉ HEADLINES

2 lelaki ditemui lemas di Pantai Chenang

Mangsa dikenali sebagai R Nurenthiran, 38, dan M Suresh, 46, kedua-duanya berasal dari Selangor

9:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keseronokan percutian sekumpulan pengunjung menjalani aktiviti pantai bertukar tragis apabila dua daripada mereka ditemui lemas ketika mandi di Pantai Chenang, Langkawi, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Samsulmuddin Sulaiman berkata, kejadian berlaku pada jam 5.50 petang membabitkan mangsa dikenali sebagai R Nurenthiran, 38, dan M Suresh, 46, kedua-duanya berasal dari Selangor.

Beliau berkata, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada kira-kira jam 6.05 petang.

“Kedua-dua mangsa diselamatkan oleh orang awam menggunakan jet ski dan dibawa ke pantai sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini, untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, pemeriksaan oleh pegawai perubatan di wad kecemasan mendapati kedua-duanya sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Samsulmuddin menjelaskan, siasatan awal mendapati mangsa datang ke pulau itu untuk bercuti bersama keluarga dan dipercayai mandi di kawasan pantai awam sebelum insiden berkenaan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik HSM untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya. – 23 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related