◉ HEADLINES

Sanusi tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar ‘secara terbuka, suci hati dan tanpa syarat’

Sanusi juga beriltizam untuk tidak mengulangi mana-mana perkataan yang menjadi asas tindakan guaman ini selepas daripada ini

2:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah menarik balik kenyataan-kenyataan fitnah yang dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka, suci hati dan tanpa syarat .

Dalam satu kenyataan bersama, Anwar dan Sanusi telah mengambil keputusan untuk menghentikan pertikaian peribadi mereka dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

“Muhammad Sanusi dengan, secara terbuka, suci hati dan tanpa syarat menarik balik kenyataan-kenyataan yang telah dibuat olehnya pada 13 November 2022 terhadap Anwar Ibrahim. 

“Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan daripada prosiding ini, pihak-pihak dengan itu mengambil langkah penarikan balik ini sebagai usaha untuk menjernihkan keadaan dan mengekalkan hubungan yang baik dan berhemah antara kedua-dua pihak,’’ kata kenyataan berkenaan.

Berikutan itu, Anwar yang menghargai usaha murni itu, bersetuju untuk menarik semula guaman sivil terhadap Sanusi tanpa perintah mengenai kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Sanusi juga, kata kenyataan itu beriltizam untuk tidak mengulangi mana-mana perkataan yang menjadi asas tindakan guaman ini selepas daripada ini.

Menurut kenyataan itu juga, Anwar dan Sanusi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Dr Mohd Johan Lee kerana tanpa usaha mediasi beliau, penyelesaian ini tak mungkin berlaku.

“Penghargaan juga kepada pegawai-pegawai mahkamah yang terlibat atas profesionalisme dan budi bicara mereka dalam mengendalikan kes ini. 

“Kedua-dua pihak berharap agar penyelesaian ini diterima dan dihormati oleh semua pihak, serta tidak dijadikan bahan untuk mengganggu-gugat kesejahteraan, perpaduan dan keharmonian negara Malaysia,’’ kata kenyataan berkenaan.

Pada 13 Disember 2022, Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap Sanusi berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Tambun..

Anwar, melalui peguamnya SN Nair & Partners, memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Alor Setar dan menamakan Sanusi sebagai defendan. – 23 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related