◉ HEADLINES

Insiden kapal Petronas diganggu nelayan diselesaikan secara baik: Anwar

Anwar berkata gangguan berkenaan tidak sampai ke tahap yang memerlukan Malaysia menghubungi Presiden Indonesia

2:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Insiden kapal milik Petronas yang dikepung dan dihalau sekumpulan bot nelayan di perairan berhampiran Ketapang, Pulau Madura, Indonesia, baru-baru ini telah diselesaikan secara baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Malaysia mengambil serius isu berkenaan, namun menegaskan insiden itu belum mencapai tahap yang memerlukan ia dibangkitkan kepada Presiden Indonesia Prabowo Subianto, memandangkan kedua-dua negara mempunyai saluran diplomasi yang baik untuk menyelesaikan sebarang isu berbangkit.

Anwar menjelaskan kapal berkenaan menjalankan aktiviti cari gali di kawasan milik Malaysia dan tidak menceroboh mana-mana kawasan pihak lain.

“Tentang gangguan kepada (kapal) Petronas, namun ia tidak sampai ke tahap yang memerlukan kita menghubungi Presiden Prabowo. Secara umumnya, hubungan dengan Indonesia itu amat baik dan isu sempadan ini kita leraikan sebagai sahabat.

“Ada juga kes pencerobohan oleh nelayan, sama ada dari Malaysia ke Indonesia atau sebaliknya, yang kita usahakan penyelesaiannya secara baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian), yang ingin tahu mengenai pendirian kerajaan berhubung isu persempadanan susulan insiden kapal Petronas dikepung dan dihalau oleh ratusan bot nelayan Indonesia baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata dalam isu persempadanan dengan negara jiran, kerajaan tidak berhasrat untuk menubuhkan Suruhanjaya Tetap Persempadanan, sebaliknya Malaysia akan menggunakan platform perbincangan dan diplomasi bersama negara terlibat.

“Pada peringkat sekarang, kita tidak meneruskan penubuhan Suruhanjaya Tetap Persempadanan, namun kerjasama dan perbincangan kita dengan negara jiran sememangnya turut menyentuh soal sempadan secara menyeluruh.

“Sama ada dengan Thailand, Vietnam dari segi perairan, atau Singapura dan Brunei yang masih mempunyai sedikit perbezaan kecil, terdapat beberapa kawasan yang masih belum dimeterai,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai kedudukan serta hubungan kerjasama Malaysia dengan kuasa luar selepas tamat Kepengerusian Asean, Anwar menegaskan bahawa jaringan kerjasama antarabangsa negara akan terus kekal mantap.

Mengambil contoh kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sidang Kemuncak Asean Ke-47 di Kuala Lumpur, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pemimpin itu dijadual mengadakan mesyuarat dua hala bersama Malaysia sebelum menghadiri mesyuarat khas bersama negara-negara Asean.

“Sekurang-kurangnya, Amerika Syarikat melihat bahawa Malaysia ini dengan dasar centrality-nya, merupakan satu-satunya negara yang mampu mengumpulkan negara-negara yang mempunyai pandangan berbeza.

“Kita menerima mereka bukan hanya atas dasar Asean, tetapi juga kerana dasar luar Malaysia yang memilih untuk bersahabat dengan semua pihak bagi menjaga kepentingan rakyat dari segi perdagangan, hubungan antarabangsa, geopolitik dan pelaburan yang membawa manfaat kepada negara.

“Justeru, hubungan kita dengan beberapa negara yang mungkin tidak dipersetujui oleh pihak lain tidak menghalang Malaysia daripada membuat keputusan secara bebas,” katanya.

Sidang Kemuncak Asean ke-47 yang akan berlangsung di ibu negara pada 26 hingga 28 Okt ini, akan dihadiri 10 pemimpin negara badan serantau itu, selain kehadiran pemimpin dan wakil dari pelbagai benua.

Timor-Leste yang sebelum ini hadir sebagai pemerhati, turut mengesahkan kedatangan pemimpin negara itu yang bakal menjadi anggota ke-11 Asean.

ASEAN terdiri daripada 10 negara anggota, iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. – 23 Oktober, 2025

 

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Police bust RM13.34m marijuana syndicate, seize 166kg of cannabis buds in KLIA, Sepang raids

A series of coordinated raids at KLIA Terminal 1 and Kota Warisan led to the arrest of five suspects and the seizure of 166.2kg of marijuana buds believed to have been destined for the European market

◉ Related