◉ HEADLINES

Nasihat, teguran hendaklah dilakukan dengan adab, agar mudah diterima: khutbah

Solat menghubungkan diri insan secara langsung dengan Allah SWT

4:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penekanan terhadap solat dan menghormati warga tua merupakan antara kandungan teks khutbah Jumaat di beberapa negeri hari ini.

Teks khutbah bertajuk ‘Menabur Bakti, Menuai Syurga’.yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu, menyentuh mengenai keperluan berbuat baik kepada ibu bapa dan warga tua yang bukan sahaja tanggungjawab anak malah juga masyarakat dan negara.

“Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada tahun 2024 terdapat lebih 3.9 juta warga berumur 60 tahun ke atas di Malaysia iaitu sekitar 11.6% daripada jumlah penduduk negara.

“Menjelang tahun 2040, angka ini dijangka meningkat kepada 17.3%, atau hampir satu daripada lima rakyat Malaysia akan menjadi warga emas.

“Ini bermakna, kita sedang menuju ke arah masyarakat menua. Apabila bilangan warga tua semakin ramai, maka meningkatlah amanah dan tanggungjawab sosial kita untuk menjaga mereka,’’ kata teks khutbah tersebut.

Sementara di Perak, khutbah Jabatan Agama Islam Perak menyentuh mengenai kewajiban menunaikan solat, iaitu ibadah paling utama yang memelihara keseluruhan ibadah lain.

Solat, wajib dipelihara dan dikerjakan dengan sempurna di mana ia merupakan kesempatan terbaik untuk memohon keampunan serta pertolongan, merintih penyesalan, mengadu kelemahan dan meminta kekuatan dari Ilahi.

“Solat menghubungkan diri insan secara langsung dengan Allah SWT.

“Usah terburu-buru melaksanakan solat. Hadirkan sepenuh jiwa dan perasaan, serta berikan tumpuan pada bacaan sambil membayangkan kita sedang bertutur di hadapan Allah SWT.

“Solat yang dikerjakan dalam keadaan tenang, menjemput kekhusyukan dan lebih mendatangkan kebaikan,’’ katanya.

Manakala teks khutbah Jabatan Agama Islam Negeri Johor pula memperkatakan mengenai nilai persaudaraan yang kuat mampu menjadi jambatan untuk menghubungkan keretakan dalam masyarakat.

Dengan tajuk ‘Persaudaraan yang Membentuk Perpaduan’ mimbar menyentuh mengenai sikap hormat menghormati adalah penting dalam masyarakat berbilang bangsa dengan nasihat dan teguran hendaklah dilakukan dengan adab yang betul, agar mudah diterima.

“Teguran perlu disampaikan dengan ikhlas dan bahasa yang berhemah. Elakkan sikap keakuan dan mementingkan diri sendiri,’’ katanya. – 24 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related