◉ HEADLINES

Lima lagi sidang kemuncak utama berkait diplomasi ASEAN berlangsung hari ini

ASEAN terbukti bukan sekadar pusat pertumbuhan, tetapi juga pemacu kestabilan dan keseimbangan strategik di rantau Indo-Pasifik

8:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hari ini diteruskan lagi dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi serantau, transformasi digital, peralihan tenaga bersih dan ketahanan rantaian bekalan, demikian kata Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.

Beliau berkata, sidang-sidang kemuncak berkenaan adalah Sidang Kemuncak ASEAN–Republik Korea ke-26; Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three ke-28; Sidang Kemuncak Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) ke 5; Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20; dan Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-15.

Selain itu, kata Tunku Nashrul, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan beberapa pertemuan dengan rakan pimpinan lain dan mengakhiri hari kedua dengan Majlis Makan Malam Gala ASEAN bersama para pemimpin ASEAN dan rakan-rakan dialog.

“Insya-Allah, dengan momentum yang telah dibina, Malaysia akan terus menggalas amanah kepimpinan serantau dengan tekad dan keyakinan, memperkukuh perpaduan ASEAN serta memacu kerjasama yang membawa manfaat kepada seluruh rantau,” katanya.

Menurutnya, hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Sidang berkaitan semalam berjalan lancar, dan banyak mencatat detik bersejarah buat Malaysia dan ASEAN.

“Kita menyaksikan lahirnya lembaran baharu apabila Timor-Leste secara rasminya diterima sebagai Negara Anggota ASEAN ke-11 — melengkapkan keluarga Asia Tenggara yang bersatu dan berdaulat.

“Semalam, kita telah mendengar ucapan dasar daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di mana beliau menegaskan bahawa Malaysia telah memimpin ASEAN untuk kekal bersatu, relevan dan berpaksikan rakyat.

“Penyertaan rasmi Timor-Leste ini bukan sekadar simbol diplomasi, tetapi hasil keteguhan Malaysia yang sejak sekian lama menyokong penyertaan negara tersebut ke dalam ASEAN melalui latihan, bantuan teknikal dan pengukuhan kapasiti,” katanya lapor BH.

Diplomasi Keamanan – Perjanjian Perdamaian Kuala Lumpur, semalam turut melakar satu lagi sejarah apabila Perjanjian Perdamaian Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja berjaya ditandatangani dengan disaksikan oleh Perdana Menteri dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Perjanjian ini menjadi titik tolak kepada berakhirnya pertikaian antara kedua-dua negara — sebuah kejayaan yang berakar daripada rundingan damai yang dimulakan oleh Perdana Menteri pada Julai lalu.

Langkah ini menandakan kesediaan kedua-dua negara untuk menghentikan peperangan, membebaskan tawanan, dan membenarkan pemerhati ASEAN termasuk Malaysia menilai pelaksanaan damai di lapangan, katanya. – 27 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related