◉ HEADLINES

Video Trump menari di Malaysia raih lebih 21.5 juta tontonan

Klip memaparkan interaksi mesra Trump bersama delegasi itu menunjukkan beliau pemimpin dunia yang layak digelar raja media sosial

5:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakaman video aksi spontan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menari sebaik tiba di Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan tular, menarik lebih 21.5 juta tontonan di pelbagai platform.

Penasihat Trump, Alex Bruesewitz menyifatkan video itu mempunyai daya tarikan yang kuat sehingga meningkatkan populariti dalam media sosial.

“Video yang dirakam @margomartin memaparkan Presiden Trump menari di Malaysia melepasi satu juta tanda suka di Instagram @TeamTrump dan meraih 21.5 juta tontonan. Video itu turut menerima 17.1 juta tontonan menerusi Facebook dan 9.3 juta di TikTok.

“Trump ialah pemimpin dunia dan raja media sosial,” katanya dalam hantaran X hari ini.

Pembantu Khas dan Penasihat Komunikasi Presiden, Margo Martin yang menyiarkan semula hantaran Bruesewitz berkata klip itu memaparkan interaksi mesra Trump dengan delegasi dan turut menari mengikut rentak muzik tradisional tempatan.

“Lapan tahun bersama dengan Presiden Trump, dan mungkin inilah video kegemaran saya setakat ini,” katanya.

Video berkenaan juga menerima pelbagai reaksi daripada pengguna X termasuk @KarlDHarrison yang meninggalkan komen, “Realitinya, Trump menyayangi rakyat dan ia jelas kelihatan. Mereka juga menyayanginya”. 

Dalam pada itu, @kellyannelu menyifatkan Trump sebagai seorang yang baik hati, dan klip video itu mencerminkan sikap mesra dan mudah didekati beliau.

“Beliau banyak mengembara, tetapi masih mempunyai tenaga untuk berhenti seketika dan menari dengan gembira. Perkara ini membuatkan saya tersenyum,” katanya kagum.

Presiden AS itu tiba pada kira-kira jam 10 pagi semalam dan berlepas ke Jepun pada jam 10.06 pagi tadi, menandakan tamatnya lawatan julung-julung kali beliau ke Malaysia dan penyertaan pertama dalam Sidang Kemuncak ASEAN sejak memulakan penggal kedua sebagai presiden pada Januari lalu.

Trump adalah Presiden AS ketiga dalam sejarah, berkunjung ke Malaysia, selepas Lyndon B. Johnson pada 1966 dan Barack Obama pada 2014 dan 2015.

Malaysia memegang tampuk kepengerusian ASEAN tahun ini di bawah tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula semalam hingga esok. – 27 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related