◉ HEADLINES

Ascend Airways, syarikat penerbangan baharu Malaysia beroperasi bulan depan

Ascend Airways berkata penerbangan penumpang dijangka hanya bermula pada suku pertama 2026, tertakluk kepada kelulusan pengawalseliaan tambahan

1:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan baharu negara, Ascend Airways dijadual memulakan operasinya November ini bermula dengan pesawat pertama Boeing 737-800SF.

Syarikat penerbangan yang berpusat di Kuala Lumpur itu merupakan anak syarikat kepada Avia Solutions Group yang berpangkalan di Ireland, penyedia global perkhidmatan pesawat, kru, penyelenggaraan dan insurans (ACMI).

Ascend Airways Malaysia dalam satu kenyataan berkata, ia memperoleh sijil pengendali udara (AOC) dan permit perkhidmatan udara (ASP) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), membolehkannya memulakan operasi.

Syarikat penerbangan itu, yang memperoleh permit perkhidmatan udara bersyarat (CASP) pada 2024, telah bekerjasama rapat dengan CAAM bagi melengkapkan proses pelesenan itu.

Walau bagaimanapun, penerbangan penumpang dijangka hanya bermula pada suku pertama 2026, tertakluk kepada kelulusan pengawalseliaan tambahan.

Syarikat penerbangan itu turut merancang menumpukan kepada penawaran perkhidmatan ACMI dan sewaan khas bagi operasi penumpang dan kargo di seluruh Malaysia serta rantau Asia Tenggara yang lebih luas.

Ketua Pegawai Eksekutif Ascend Airways Malaysia, Germal Singh Khera, berkata syarikat penerbangan itu berhasrat menyediakan penyelesaian ACMI yang fleksibel bagi menyokong pengembangan sektor penerbangan di Malaysia.

Beliau berkata, jumlah trafik penumpang dijangka meningkat antara 8.4 hingga 15.6% tahun ke tahun pada 2025, mencapai 105.8 juta hingga 112.9 juta penumpang.

Germal berkata, kedudukan strategik Malaysia sebagai hab logistik dan penerbangan yang menghubungkan Asia Tenggara, China, dan India meletakkannya pada kedudukan yang kukuh untuk pertumbuhan masa hadapan.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, berkata pengeluaran AOC dan ASP mencerminkan syarikat penerbangan itu telah memenuhi proses penilaian yang teliti dan menyeluruh, serta memuji ketekunan Ascend Airways Malaysia sepanjang proses pensijilan.

Avia Solutions Group kini mengendalikan 187 pesawat di seluruh Eropah, Asia, dan benua Amerika. – 31 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Popular

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related