◉ HEADLINES

Gangguan teknikal jejas tren laluan LRT Kelana Jaya

Rapid KL berkata sebuah tren mengalami gangguan teknikal di Stesen SS1 menyebabkan kelewatan namun pengguna meluahkan kekecewaan kerana ia kerap berlaku kebekalangan ini

9:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tren Laluan LRT Kelana Jaya sekali lagi berdepan dengan kelewatan berikutan sebuah tren mengalami gangguan teknikal di Stesen SS18 pagi ini.

Ia merupakan insiden terbaharu yang berlaku pagi ini, selepas keadaan sama berlaku petang semalam, di mana penumpang terkandas akibat gangguan mekanikal pada komponen landasan.

Rapid KL dalam kenyataannya di Facebook memberitahu, kerja baik pulih sedang dijalankan sejak pagi ini dan perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami,’’ katanya.

Dalam pada itu, pengguna LRT meluahkan kekecewaan susulan kekerapan gangguan berkenaan yang berlaku hampir beberapa kali pada minggu ini sahaja.

Kekecewaan itu dimuatnaik di dalam ruangan komen pada Facebook Rapid KL, yang kebanyakannya ingin mengetahui sama ada keadaan akan kembali normal esok.

Semalam, perkhidmatan LRT Kelana Jaya dari Stesen LRT Kerinchi hingga Stesen LRT Bangsar terjejas akibat gangguan teknikal.

Berikutan itu, beberapa bas Rapid KL telah digerakkan bagi memberi sokongan kepada laluan terjejas, menyebabkan kekerapan bas di kawasan lain turut terjejas sementara waktu.

Pada Khamis, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan pelaksanaan Fasa 3 kerja-kerja naik taraf sistem semboyan Laluan Kelana Jaya diteruskan selama sebulan mulai 1 November.

Dalam kenyataannya, Prasarana berkata, penaiktarafan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Prasarana untuk meningkatkan keselamatan, kebolehpercayaan sistem, serta mengurangkan risiko gangguan operasi di laluan tren paling sibuk di Lembah Klang ini.

“Kerja-kerja naik taraf Fasa 3 akan dilaksanakan pada hujung minggu sepanjang bulan November 2025 pada tarikh-tarikh terpilih yang melibatkan sebanyak 17 stesen utama termasuk stesen KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek dan KLCC.

“Pada tarikh-tarikh berkenaan, stesen-stesen yang terlibat akan dibuka lewat kepada penumpang, iaitu jam 9.00 pagi bagi tarikh awal dan pertengahan November, jam 12.00 tengah hari pada hujung minggu terakhir bulan tersebut,’’ katanya. – 2 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related