◉ HEADLINES

Rakyat Malaysia maut selepas ditembak lapan kali di Selatan Thailand

Siasatan awal polis Narathiwat mendapati kes dipercayai berpunca daripada masalah hutang

12:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia maut akibat ditembak sebanyak lapan kali di sebuah rumah di Sungai Golok, Narathiwat malam tadi.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, dilaporkan meninggal dunia pada jam 9 malam tadi ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.

Sinar Harian melaporkan kejadian berlaku pada jam 6.40 petang semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Maman ketika dihubungi Bernama mengesahkannya kejadian tersebut.

“Ya, saya sahkan memang ada,’’ katanya ringkas.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Zaiton Abdul Rahman, 64, dilaporkan berkata, dia mengetahui mengenai kejadian anaknya ditembak dari menantunya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, pada jam 8 malam.

Namun Zaiton mendapat panggilan sekali lagi pada jam 9 malam memaklumkan mengenai kematian anaknya.

Sementara itu, jurucakap polis Narathiwat memberitahu, siasatan awal mendapati kes tersebut dipercayai berpunca daripada masalah hutang, hasil temubual dengan beberapa saksi di tempat kejadian. – 2 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related