◉ HEADLINES

ETS3 ke Johor Bahru dijangka beroperasi pertengahan Disember: Anthony Loke

Kerja-kerja melibatkan aspek teknikal kini sedang disempurnakan dan berada pada fasa akhir persiapan

3:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) yang dilanjutkan sehingga ke Johor Bahru dijangka beroperasi menjelang pertengahan bulan Disember, dengan pengumuman harga tiket akan dibuat dalam masa terdekat, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Menurut Loke, kerja-kerja melibatkan aspek teknikal kini sedang disempurnakan dan berada pada fasa akhir persiapan.

“Jadi kita masih mencari tarikh yang sesuai kerana beberapa persiapan terakhir masih perlu dimuktamadkan, tetapi tidak lebih daripada pertengahan bulan Disember akan dimulakan perkhidmatan ETS ke Johor Bahru,’’ katanya lapor Bernama.

Beliau memberitahu, perluasan itu merupakan satu lagi tambahan kepada mod pengangkutan di Johor dan diyakini dapat membantu sektor pelancongan di negeri Johor, terutamanya bandar-bandar sekunder, bandar-bandar kecil seperti Segamat, Labis, Kluang, Kulai,’’ katanya, lapor Bernama.

Ia juga, kata beliau, dijangka memperkukuh akses mobiliti pengangkutan awam dan sektor pelancongan di Johor menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Laluan ETS yang sebelum ini berakhir di Gemas, Negeri Sembilan kini dilanjutkan ke selatan sehingga Johor Bahru.

Laluan berkenaan merangkumi hentian utama di Segamat, Kluang dan Kulai sebelum berakhir di Stesen Johor Bahru Sentral, sekali gus melengkapkan jajaran kereta api pantai barat Semenanjung. – 2 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related