◉ HEADLINES

Nahas UPSI: Syarikat didenda RM20,000 gagal patuhi syarat lesen – MOTAC

Tindakan ini melanggar peruntukan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], sekali gus mencetuskan tindakan tegas daripada pihak berkuasa

8:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenari Utara Travel & Tours Sdn. Bhd. didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah menjual sebuah bas persiaran bernombor pendaftaran PLD 8892 dan menyewakan permit kenderaan tersebut kepada Noreen Maju Trading — sebuah entiti yang menjalankan aktiviti pelancongan tanpa lesen sah.

Tindakan ini melanggar peruntukan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], sekali gus mencetuskan tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

Bas persiaran yang dikendalikan Noreen Maju Trading telah terlibat dalam kemalangan maut di Gerik, Perak pada 9 Jun lalu ketika membawa sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pulang ke kampus di Tanjong Malim.

Mahkamah Majistret Gerik pada 3 November lalu telah menjatuhkan hukuman terhadap syarikat berkenaan selepas mensabitkan dua pertuduhan di bawah Peraturan 6(1)(f), Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992. Syarikat itu didapati gagal mematuhi syarat lesen yang melarang sebarang urus niaga dengan pihak yang tidak memiliki lesen sah.

Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan terhadap syarikat berkenaan. Sekiranya denda tersebut gagal dibayar, hukuman penjara sehingga lima tahun boleh dikenakan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Zulaikha Mahadi, dengan kerjasama Pegawai Pendakwa MOTAC, Nurul Hidayah Aman.

Berikutan itu, MOTAC menegaskan bahawa sebarang pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] serta peraturan-peraturannya merupakan satu kesalahan jenayah yang serius dan tidak akan dikompromi.

“MOTAC komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan dan integriti industri pelancongan negara,” kata kenyataan itu.

Dalam kejadian tragis pada awal pagi 9 Jun lalu, seramai 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban apabila sebuah bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama di Tanjong Malim terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Insiden itu turut mengakibatkan 33 individu lain cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang turut terlibat dalam nahas berkenaan. – 7 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related