◉ HEADLINES

Bekas Pengarah Eksekutif DBKL dituduh terima rasuah RM50,000

Mohamad Hamim@Mohamed Kamaruddin didakwa menerima wang suapan berkenaan atas kapasitinya sebagai penjawat awam dan berhubung hal ehwal urusan kerjanya di DBKL

11:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menerima wang RM50,000 daripada seorang individu.

Tertuduh, Mohamad Hamim @ Mohamed Kamaruddin didakwa menerima wang suapan berkenaan atas kapasitinya sebagai penjawat awam dan berhubung hal ehwal urusan kerjanya di DBKL.

Semalam, media melaporkan bekas pegawai kanan yang pernah berada dalam kelompok lima teratas di DBKL akan dituduh di Mahkamah Sesyen.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Jalan Changkat Tunku pada 10 Januari. Jika didapati bersalah, Hamim boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Hakim Azura Alwi menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin. Beliau memaklumkan bahawa pasport tertuduh tidak perlu diserahkan buat masa ini, namun tertuduh perlu memaklumkan kepada mahkamah dan pihak pendakwaan secara bertulis sekiranya ingin ke luar negara atas urusan kerja atau peribadi.

Hamim juga diarahkan untuk melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan. Pengurusan kes ditetapkan pada 12 Januari.

Pegawai Pendakwa SPRM, Yasri Yahya, mewakili pihak pendakwaan manakala Hamim diwakili oleh peguam Zeffree Zainudin dan Azmi Ani. – 7 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related