◉ HEADLINES

‘Tanyalah..saya tetap jawab’, kata PM nafi elak jawab pembangkang

PM berkata ada dalam kalangan Ahli Parlimen yang terus mengulangi soalan sama walaupun penjelasan sudah diberikan beberapa kali

12:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab sebarang persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen pembangkang dalam persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata semua soalan yang dikemukakan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) setiap Selasa, iaitu sesi yang diperuntukkan kepada Perdana Menteri, telah dijawab sama ada oleh beliau sendiri atau menteri-menteri berkaitan.

Pun begitu, Anwar berkata ada dalam kalangan Ahli Parlimen yang terus mengulangi soalan sama walaupun penjelasan sudah diberikan beberapa kali.

“Soalan yang dibangkitkan semua saya jawab… nak kata saya elak (menjawab soalan), saya tidak elak. Tanyalah apa soalan pun saya tetap jawab,” katanya sebelum menjawab soalan pada sesi MQT di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum sesi MQT bermula, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mempersoalkan senarai soalan MQT hari ini tidak mengandungi soalan daripada pihak pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul kemudiannya menjelaskan bahawa pemilihan senarai soalan sesi MQT adalah tertakluk kepada pertimbangannya.

Beliau turut mendedahkan bagi senarai MQT hari ini, pihak pembangkang hanya menghantar satu soalan berbanding blok kerajaan yang mengemukakan lapan soalan, malah soalan yang dikemukakan pembangkang adalah soalan yang berulang.

“Jadi sudah tentu saya melihat semua soalan itu dan saya lihat soalan daripada pembangkang semuanya telah pun dijawab. Tidak timbul isu berat sebelah antara kerajaan atau pembangkang.

“… Yang Berhormat, tolong galakkan blok pembangkang untuk hantar lebih banyak soalan,” katanya.

Johari berkata soalan yang dikemukakan pembangkang itu sebenarnya akan dibincangkan secara mendalam oleh Jawatankuasa Pilihan berkaitan Kementerian (JKPK), yang turut dihadiri oleh menteri serta pegawai kanan kerajaan yang akan berlangsung esok. – 11 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related