◉ HEADLINES

Ringgit cecah RM4.16, mata wang berprestasi terbaik di Asia: PM

Prestasi itu dicapai walaupun kerajaan sebelum ini dikecam apabila mata wang domestik mengalami penyusutan berbanding dolar AS

12:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ringgit kini didagangkan pada RM4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sekali gus muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata prestasi ringgit itu dapat dicapai walaupun kerajaan sebelum ini dikecam apabila mata wang domestik mengalami penyusutan berbanding dolar AS.

“Dulu kita diserang bertubi-tubi (kerana) ringgit jatuh (tetapi) sekarang bila ringgit mengukuh, tak sebut sepatah pun (pujian), inilah masalahnya. Jadi, sekarang ini, (paras ringgit) RM4.16 berbanding satu dolar AS dan muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menegaskan penilaian positif prestasi negara bukan dibuat oleh kerajaan, sebaliknya berdasarkan penarafan kredit ‘A-‘ (S&P) dan ‘A3’ (Moody’s) yang mengekalkan prospek stabil dan kukuh.

Terdahulu, pada jam 6 petang semalam, ringgit meningkat 0.4% kepada 4.1555/1635 berbanding dolar AS daripada 4.1735/1775 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Angka itu menjadi paras tertinggi ringgit dalam tempoh 13 bulan selepas mencatatkan 4.1625 pada 2 Oktober, 2024.

Setakat 8.01 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.1540/1660 berbanding dolar AS daripada 4.1555/1635 ketika ditutup semalam.

Kenyataan Perdana Menteri itu bagi menjawab pertanyaan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) berhubung kaedah kerajaan mengukur kejayaan Dasar Ekonomi Madani serta strategi pengukuhannya dalam tempoh 18 hingga 24 bulan. – 11 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related