◉ HEADLINES

‘Semuanya salah Cina’: Sany Hamzan tegur budaya politik perkauman dalam Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Hulu Langat berkata, tindakan menyebarkan tohmahan dan naratif kebencian melalui media sosial boleh menimbulkan suasana tegang antara rakyat dan menjejaskan imej politik negara

12:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembangkang digesa supaya menghentikan perbuatan menyebar gelombang kebencian dan fitnah yang mampu menggugat keamanan serta keharmonian negara.

Ahli Parlimen (PH–Hulu Langat) Mohd Sany Hamzan berkata, politik negara perlu dibangunkan atas nilai kematangan dan tanggungjawab, bukan dengan menanam sentimen perkauman dan kebencian demi meraih sokongan.

“Kalah pilihan raya salah orang Cina, jatuh motor salah orang Cina, tidak mampu beli televisyen pun salah orang Cina. Ini bukan politik matang…

“Negara kita sudah merdeka hampir 68 tahun. Sepatutnya budaya politik yang diamalkan hari ini mencerminkan kematangan, bukan politik sempit yang menyalahkan antara kaum.

“Kita tidak boleh terus berpegang pada naratif lama, kononnya setiap kegagalan berpunca daripada sesuatu kaum,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tegas Mohd Sany, tindakan menyebarkan tohmahan dan naratif kebencian melalui media sosial boleh menimbulkan suasana tegang antara rakyat dan menjejaskan imej politik negara.

Menurutnya, Kementerian Perpaduan Negara perlu terus memainkan peranan untuk menangani peningkatan sentimen perkauman dan memastikan keharmonian antara rakyat terus terpelihara.

“Pada masa ini, kita tidak pasti sama ada yang bercakap di media sosial itu manusia sebenar atau ‘robot’.

“Ada yang mengugut mahu membunuh Presiden PAS, menimbulkan suasana tidak selamat, malah menuduh kononnya anggota keselamatan membawa senjata untuk memberontak.

“Lebih berbahaya, ada juga yang menuduh Perdana Menteri. Fitnah seperti ini mesti dihentikan. Pihak di sebelah sana (pembangkang) perlu bertanggungjawab dan jangan menyebarkan fahaman kebencian yang boleh mengancam keamanan negara,” tegasnya.

Beliau dalam pada itu turut menyeru supaya elemen perpaduan terus diperkukuh melalui kegiatan masyarakat seperti sukan dan perayaan yang mampu menyatukan rakyat pelbagai kaum. – 12 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related