◉ HEADLINES

SPRM kesan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Ramlan

Ia bagi membantu siasatan berhubung kes projek Lebuh Raya MEX II

12:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Adam Radlan Adam Muhammad, yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut bagi membantu siasatan berhubung kes projek Lebuh Raya MEX II.

Beliau sebelum ini telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada 12 tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Projek Jana Wibawa.

SPRM dalam kenyataannya memaklumkan, alamat terakhir Adam, 44, ialah di A16-2 Sunway Pallazio, Jalan Sri Hartamas 3, Sri Hartamas.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Sharan Raj A/L Govindasamy di talian 014-3560771 atau emel kepada [email protected],’’ katanya.

Ogos lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepas dan membebaskan Adam, 44, daripada 12 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Projek Jana Wibawa selepas membayar kompaun RM4.1 juta.

12 pertuduhan itu ialah lima bagi kesalahan rasuah di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan tujuh lagi bagi kesalahan pengubahan wang haram di bawah AMLA.

Projek MEX II turut disiasat oleh SPRM.

Awal bulan lalu, seorang Datuk dan tiga rakannya masing-masing didenda sehingga RM100,000 selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan gagal melaporkan tawaran rasuah berjumlah antara RM500,000 hingga RM3.5 juta.

Tawaran itu, yang berlaku antara Jun 2017 dan Jun 2018, merupakan ganjaran untuk melantik tiga syarikat sebagai subkontraktor palsu bagi projek pembinaan lebuh raya Putrajaya–KLIA (MEX II).

Projek pembinaan lebuh raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (MEX II) dari Persimpangan Putrajaya dan berakhir di KLIA itu mula dibina pada 2016 dan sepatutnya siap pada penghujung 2019, namun didakwa tertangguh akibat masalah kewangan.

Pada 8 September, Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap empat pertuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan RM313 juta, serta 13 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139 juta, semuanya berkaitan MEX II. – 15 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related