◉ HEADLINES

Isu 40% hasil Sabah: Jawatankuasa khas ditubuh perinci terma rujukan, kaedah pemberian khas – Fadillah

TPM berkata, jawatankuasa itu perlu menentukan terma rujukan serta kaedah pemberian lebih awal sebelum tamat tempoh 60 hari seperti ditetapkan mahkamah sebelum ini

12:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memperincikan terma rujukan serta kaedah berkaitan pemberian khas 40%hasil kepada Sabah.

Beliau berkata, jawatankuasa khas itu perlu menentukan terma rujukan serta kaedah pemberian berkenaan dalam tempoh terdekat, lebih awal sebelum tamat tempoh 60 hari seperti ditetapkan mahkamah sebelum ini.

“Hari ini mereka akan mengadakan perbincangan dan tadi saya sudah menyatakan supaya tubuhkan jawatankuasa supaya mereka akan dapat ‘term of reference’ (terma rujukan) supaya apabila kerajaan baharu (Sabah) tertubuh, mereka (jawatankuasa) boleh laporkan kepada kerajaan negeri.

“Kerajaan Persekutuan sudah memutuskan tidak merayu untuk 40%. Tapi lebih melihat bagaimana kita mahu terjemahkan apa yang termaktub dalam 40 peratus, apa kaedah dan sebagainya.

“Inilah akan dirundingkan oleh peringkat jawatankuasa yang ditubuhkan nanti untuk mereka perincikan dan akhirnya memberikan pelaporan kepada kerajaan negeri yang baru nanti, bila sudah tertubuh dengan kerajaan Persekutuan, supaya apa yang diputuskan mahkamah, berkaitan 40 itu dapat diselesaikan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Pemantauan Program serta Projek Pembangunan Sabah di Menara Kinabalu, di Kota Kinabalu hari ini.

Jawatankuasa itu, jelas Fadillah akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Datuk Johan Mahmood Merican dan Setiausaha Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong. – 17 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related