◉ HEADLINES

Hatyai banjir: Rakyat Malaysia yang terperangkap diminta hubungi Konsulat Jeneral di Songkhla

Konsul Jeneral Malaysia berkata setakat ini kebanyakan rakyat Malaysia yang terperangkap berada di hotel sekitar Hatyai

1:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi meminta warga Malaysia yang terperangkap dalam banjir di Hatyai dan kawasan sekitar untuk menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi mendapatkan bantuan.

Beliau berkata, berkata setakat ini pihaknya dimaklumkan kebanyakan rakyat Malaysia yang terperangkap berada di hotel sekitar Hatyai.

Katanya, kumpulan rakyat terbabit diminta kekal di hotel masing-masing atau bergerak ke tempat lebih tinggi sementara menunggu bantuan pihak berkuasa Thailand.

“Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia sedang bekerjasama bersama pihak berkuasa di Thailand bagi membantu memastikan keselamatan rakyat kita yang terperangkap termasuk memindahkan mereka ke pusat perlindungan sementara.

“Kita tidak ada jumlah tepat, tetapi mereka yang terperangkap terutamanya yang memerlukan bantuan diminta hubungi segera Pejabat Konsulat bagi membolehkan kita mengesan kedudukan mereka,” katanya selepas dihubungi media di Alor Setar, hari ini, lapor BH.

Jelas Ahmad Fahmi, keadaan di bandar Hatyai setakat tengah hari ini masih dinaiki air dan hampir semua jalan keluar tidak dapat dilalui kenderaan kecuali laluan tertentu sahaja.

Tambahnya, terdapat juga kemungkinan jalan menuju ke sempadan Thailand-Malaysia terputus akibat dinaiki air.

“Kita mendapat maklumat hujan akan berterusan sepanjang hari ini, namun cuaca akan kembali pulih mulai Ahad (esok) atau Isnin dan air akan mulai surut selepas itu.

“Setakat yang saya dimaklumkan, tidak ada laporan mengatakan pintu sempadan Thailand-Malaysia ditutup, cuma mungkin jalan ke sempadan dinaiki air menyebabkannya terputus,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan hujan lebat berterusan sejak awal minggu menyebabkan banjir besar melanda lapan wilayah di selatan Thailand, menjejaskan hampir 360,000 penduduk di 48 daerah, lapor Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM).

Lapan wilayah terjejas termasuk Phatthalung, Satun dan Songkhla adalah lokasi tumpuan pelancong Malaysia ketika bercuti di negara jiran itu. – 22 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related