◉ HEADLINES

Haresh nafi isu peribadi punca diserang

Haresh juga memaklumkan akan meneruskan Julang Podcast bagi membincangkan mengenai isu bola sepak negara dan pendedahan eksklusif

6:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Wartawan sukan dan Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), Haresh Deol menyangkal dakwaan serangan ke atasnya semalam adalah berkaitan dengan isu peribadi.

“Saya tidak mempunyai sebarang ‘isu peribadi’ dengan sesiapa,’’ katanya menerusi hantaran hantaran di media sosial x hari ini.

Beliau juga memaklumkan, program Julang Podcast yang diterajuinya bersama Rizal Hashim yang akan membincangkan mengenai bola sepak negara dan pendedahan eksklusif, akan diteruskan malam ini pada jam 9 malam.

“The show must go on (rancangan ini mesti diteruskan),’’ demikian tulisnya dalam hantaran di X.

Julang Podcast akan membincangkan ‘Butang Reset FAM: Langkah Pemulihan Bola Sepak Negara’ dengan pendedahan eksklusif bersama orang dalam FAM.

Terdahulu, Ketua Polis Brickfeild, Hoo Chang Hook dilaporkan berkata, motif serangan terhadap Haresh adalah dipercayai berkaitan isu peribadi.

Menurutnya, suspek lelaki yang ditahan itu, merupakan seorang penganggur dan berusia 37 tahun.

Beliau turut meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi lain dan tunggu sehingga selesai siasatan.

“Suspek penganggur dan motif adalah lebih kepada peribadi.

“Kes masih dalam siasatan polis dan minta semua tidak buat sebarang spekulasi lain dan tunggu selesai siasatan,’’ katanya ringkas.

Pada Selasa, Haresh, yang juga pengasas bersama berita TwentyTwo13, memaklumkan beliau telah diserang ketika menuju ke keretanya manakala seorang lagi individu merakam insiden tersebut menggunakan telefon bimbit.

Menerusi hantaran di media sosial X, Haresh berkata beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Susulan itu, polis telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian itu yang berlaku di Jalan Maarof berhampiran parkir sebuah pusat beli-belah, ketika Haresh sedang berjalan di kaki lima menuju ke Jalan Telawi. – 26 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related