◉ HEADLINES

Banjir di Hatyai: Sukarelawan Malaysia henti operasi selamat mangsa

Sekurang-kurangnya 1,500 rakyat Malaysia berjaya dibantu pasukan sukarelawan untuk kembali ke tanah air

12:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasukan sukarelawan Malaysia di Hatyai, Thailand terpaksa menghentikan operasi menyelamat selepas tentera Thailand mengisytiharkan beberapa kawasan terbabit berbahaya dan tidak selamat dimasuki.

Ketua Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani, Leong Beng Tat berkata, operasi menyelamat sejak lima hari lalu bersama sukarelawan dari Johor, Perak, Selangor serta beberapa pasukan dari negeri utara dihentikan pada jam 7 malam tadi.

Beng Tat berkata, tentera Thailand mengarahkan operasi dihentikan selepas beberapa zon banjir dikenal pasti berisiko tinggi, termasuk arus deras, struktur runtuh dan laluan yang tidak stabil.

“Kita sedar walaupun masih ada rakyat Malaysia di kawasan terjejas, tetapi sukarelawan tidak dibenar meneruskan operasi atas faktor keselamatan.

“Selepas ini, sebarang permohonan bantuan baharu kami akan salurkan terus kepada pihak tentera dan polis di Thailand untuk tindakan lanjut,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau berharap rakyat Malaysia dapat terus memberi sokongan moral kepada pasukan bomba sukarela yang sering menjadi barisan hadapan ketika bencana besar memandangkan semua ahli pasukan menanggung sendiri semua kos sepanjang berada di Thailand demi membantu rakyat Malaysia yang terkandas.

“Sepanjang operasi, ada anggota kami yang cedera, namun kami tetap bersyukur sempat menyelamatkan ramai pelancong Malaysia,” katanya yang berjaya membantu sekurang-kurangnya 1,500 rakyat Malaysia keluar dari kawasan banjir di Hatyai dan kembali ke tanah air sejak lima hari lalu.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri berkata, kurang daripada 300 rakyat Malaysia masih terkandas, dengan dua hotel penginapan mereka masih tidak dapat diakses akibat paras air yang tinggi.

Wisma Putra berkata, operasi menyelamat berskala besar dijalankan dari 8 pagi hingga 1 tengah hari semalam untuk memindahkan rakyat Malaysia terkandas, dengan bantuan tentera Thailand. – 28 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Sin Sze Si Ya Temple Pioneers of Kuala Lumpur Museum: a journey through history

If you are a local or a tourist looking for a starting point when visiting Kuala Lumpur, the Sin Sze Si Ya Pioneers of Kuala Lumpur Museum should be your first stop to understand the growth, development and community dynamics in this city.

◉ Related