◉ HEADLINES

Azam nafi pegawai SPRM acu senjata ketika tangkap Albert Tei

Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata, tangkapan ahli perniagaan itu di kediamannya dijalankan mengikut SOP

5:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – SPRM menafikan dakwaan bahawa pegawainya bertindak mengacukan senjata ke kepala ahli perniagaan Albert Tei ketika menahannya awal hari ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, tangkapan ke atas Albert di kediamannya dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berkata, pihaknya turut membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah terhadap pegawai terbabit.

“Laporan polis ini juga bagi memastikan tiada pihak-pihak tertentu menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih yang berkemungkinan dengan niat bagi mengganggu siasatan kes yang dijalankan SPRM ini,” katanya.

Terdahulu, Peguam Albert, Zaid Malek memaklumkan anak guamnya telah ditahan selepas SPRM menyerbu rumahnya pagi ini.

Zaid mendakwa, pegawai SPRM memasuki rumah ahli perniagaan itu di Puchong secara paksa sebelum menahan dan membawanya keluar dalam keadaan bergari.

Difahamkan, Albert dibawa pulang ke rumah beberapa minit kemudian.

Dalam perkembangan sama, portal Malaysiakini memetik Mahajoth Singh, yang turut mewakili Albert berkata, agensi antirasuah itu menggunakan waran sebelum menyerbu rumah anak guamnya.

Menurut laporan portal berita it juga, isteri Albert mendakwa seorang pegawai SPRM mengacukan pistol ke arah suaminya sebelum menggari ahli perniagaan itu.

Ahli perniagaan yang menjadi tumpuan skandal perlombongan di Sabah itu sedang dibicarakan atas dua tuduhan memberi rasuah. – 28 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related