◉ HEADLINES

Tengku Zafrul kini Pengerusi MIDA

Pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta bagi tempoh dua tahun

4:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), berkuat kuasa 3 Disember 2025 bagi tempoh dua tahun.

Perkara itu diumumkan secara rasmi Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataannya hari ini.

“Perdana Menteri bersetuju melantik Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa 3 Disember 2025 bagi tempoh dua tahun,” kata Pejabat Perdana Menteri.

Pelantikan itu dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh peranan MIDA sebagai agensi utama negara dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi khususnya di tengah-tengah persaingan global yang semakin sengit.

“Selain menerajui MIDA, Tengku Zafrul juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang sedang diperinci dan diumumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu.

Tengku Zafrul, yang sebelum ini pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan termasuk sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, membawa pengalaman luas dalam bidang kewangan serta pembangunan ekonomi.

MIDA sebelum ini diterajui Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob. – 3 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related