◉ HEADLINES

JPN Kedah ambil tindakan ke atas dua guru didakwa terlibat salah laku seksual

Kedua-dua kes berasingan itu kini dalam siasatan

12:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah mengeluarkan dua orang guru dari sekolah masing-masing susulan dakwaan salah laku seksual, yang tular di media sosial baru-baru ini.

JPN Kedah dalam kenyataannya mengesahkan kedua-dua kes berasingan itu kini dalam siasatan.

“Dua kes berasingan itu dalam siasatan JPN Kedah yang tidak berkompromi dengan sebarang perlakuan membabitkan salah laku seksual dan akan terus memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga institusi pendidikan diberi perhatian.

“JPN Kedah mengambil serius dakwaan salah laku seksual membabitkan dua guru terbabit seperti yang tular di media sosial,” kata kenyataan itu.

Baru-baru ini, seorang bekas guru matematik, Mohd Fadli Saleh menerusi hantaran di media sosial menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan pelajar susulan dakwaan komunikasi tidak wajar antara seorang guru lelaki dan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah di negeri itu.

Fadli turut mendedahkan tangkap layar hantaran yang pada awalnya berunsur keprihatinan sebelum berlarutan kepada mesej berbaur seksual.

Ia juga termasuk permintaan untuk bertemu secara peribadi dan meminta pelajar itu memanggil guru berkenaan dengan panggilan ‘abang’.

Fadli, yang juga aktivis turut mendedahkan mengenai insiden berasingan melibatkan seorang guru lelaki, yang didakwa kerap menggunakan kata-kata lucah di dalam kelas.

Kes ini juga berlaku di Alor Setar. – 4 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related