◉ HEADLINES

Albert Tei nafi pertemuan dengan Tun M ada agenda politik, jumpa nak dapatkan pandangan

Tei berkata pertemuan selama sejam dengan Tun Mahathir itu hanya untuk mengadu dan mendengar nasihat serta panduan

5:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Albert Tei menafikan pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai sebarang agenda politik.

Sebaliknya, kata Tei, pertemuan itu bertujuan mendapatkan nasihat berhubung siasatan rasuah dihadapinya.

Belliau berkata demikian susulan gambarnya bersama Dr Mahathir tular di media sosial.

“Sebenarnya gambar tular hingga mencetuskan fenomena itu adalah hari pertama dalam hidup saya sepanjang 37 tahun ini berjumpa beliau.

“Saya sendiri terkejut apabila melihat pelbagai spekulasi tidak berasas timbul seolah-olah saya ada hubungan politik dengan Tun M sampai cakap saya ini ada konspirasi dan macam-macam lagi.

“Selama pertemuan satu jam dengan Tun M, saya hanya mengadu dan mendengar nasihat beliau serta diberikan panduan berdasarkan pengalamannya sebagai negarawan.

“Jadi mohon sangat hentikan fitnah terhadap Tun M dan diri saya,” katanya, lapor media di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam, di sini hari ini.

Tei kini berdepan dengan lima pertuduhan, dengan semalam, beliau mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah melibatkan RM176,829.03 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau dituduh memberi suapan tersebut kepada bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Hari ini, Tei sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas satu lagi pertuduhan beri suapan RM64,924 kepada Shamsul Iskandar bagi membantu mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Tei berkata dalam pertemuannya dengan Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana minggu lalu, beliau telah memaklumkan kepada bekas pemimpin itu tentang situasi perundangannya, termasuk ancaman keselamatan yang pernah diterimanya selepas mendedahkan salah laku yang didakwa melibatkan individu tertentu.

Beliau berkata Dr Mahathir mendengar sepanjang pertemuan selama sejam itu dan memberikan panduan berdasarkan pengalamannya.- 5 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related