◉ HEADLINES

PM runding dengan ketua parti sebelum umum rombakan Kabinet

PM berkata sudah menjadi amalan dalam demokrasi supaya rundingan dengan ketua parti dilaksanakan

2:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapatkan pandangan ketua-ketua parti sebelum mengumumkan senarai Kabinet, dalam masa terdekat.

Menurut Perdana Menteri, walaupun beliau mempunyai prerogatif dalam menentukannya, namun menjadi amalan dalam demokrasi supaya rundingan dengan ketua parti dilaksanakan.

Jelasnya, beliau menghormati pandangan itu namun keputusan muktamad akan diambil dalam masa terdekat.

“Dia (jawatan menteri) ada kekosongan, biar saya runding. Betul dia budi bicara atau wewenang Perdana Menteri untuk mohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Tapi saya seperti biasa dalam proses demokrasi dan menghormati pandangan kawan-kawan, saya tentunya akan mendengar pandangan ketua parti. Tapi keputusan muktamad saya akan ambil dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid di Masjid Cyberjaya 10, di Cyberjaya, hari ini. – 5 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related