◉ HEADLINES

SPRM bertemu FBI dan DOJ dalam misi jejak aset 1MDB

Dalam pertemuan di Washington dan New York itu, dua agensi terbabit berjanji memberi komitmen penuh untuk mempercepat tindakan rentas sempadan bersama agensi Malaysia

12:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan pertemuan berprofil tinggi dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) di Washington dan New York pada 9 dan 11 Disember lalu dalam usaha menggerakkan semula kerjasama penyiasatan global.

Lawatan strategik itu diketuai Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, bersama Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil, serta Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara (AGC), Norinna Bahadun.

Di Washington, delegasi Malaysia disambut Atase FBI ke Malaysia, Varinder Singh, sebelum mengadakan sesi perbincangan rasmi dengan Ketua Seksyen FBI Washington, Spencer Horn Chris Padurano.

SPRM dalam kenyataannya berkata, pertemuan diteruskan pula bersama ketua bahagian FBI New York, Paul Roberts di sana.

Perbincangan intensif di kedua-dua bandar itu bertujuan memperkukuh kembali rangkaian kerjasama rentas sempadan, termasuk penyelarasan siasatan antarabangsa, proses bantuan perundangan bersama (MLA), serta usaha menjejak dan memulihkan aset berkaitan 1MDB yang masih berada di luar negara.

Menurut kenyataan SPRM, FBI dan Jabatan Kehakiman AS menegaskan komitmen penuh mereka untuk mempertingkat koordinasi dengan SPRM, AGC dan NFCC bagi memastikan semua aset yang berada di luar negara dapat dijejak, disita dan dipulihkan mengikut undang-undang. – 14 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related