◉ HEADLINES

Polis tahan lelaki didakwa tendang, pukul sekumpulan remaja dengan helmet

Tangkapan itu dibuat susulan penularan klip video yang memaparkan sekumpulan remaja, dipercayai pelajar sebuah madrasah dipukul oleh lelaki berkenaan

8:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam penderaan terhadap kanak-kanak termasuk memukul mereka dengan helmet di sebuah premis perniagaan di Kota Kinabalu, Sabah.

Ia susulan penularan klip video yang memaparkan sekumpulan remaja, dipercayai pelajar sebuah madrasah dipukul oleh lelaki berkenaan, yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Kasim Muda, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.55 malam dan suspek disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

“Selain itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau turut memaklumkan, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan peranan individu terbabit berdasarkan rakaman video yang tular.

“Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Klip video berdurasi satu minit 30 saat itu turut dimuatnaik oleh selebriti Caprice yang menunjukkan seorang lelaki memukul sekumpulan remaja di sebuah premis.

Selain memukul dengan helmet, dia turut menendang pelajar berkenaan.

Perbuatan berkenaan mengundang kemarahan dan kecaman ramai yang turut menggesa polis mengambil tindakan segera. – 16 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related