◉ HEADLINES

Marhamah, penggerak Justice For Zara dilantik Timbalan Menteri Agama

Berkelulusan ijazah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Marhamah merupakan seorang aktivis

5:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktivis yang memperjuangkan kes kematian pelajar Tingkatan Satu di Sabah, Zara Qairina Mahathir iaitu Marhamah Rosli, dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pelantikan Marhamah, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media khas hari ini.

Marhamah, menggantikan Dr Zulkifli Hasan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Zulkifli menggantikan Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Berdasarkan laporan media, Marhamah, sebelum ini merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah serta penceramah bebas.

Berkelulusan ijazah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), nama Marhamah lebih dikenali kerana memperjuangkan keadilan untuk Zara Qairina.

Beliau sentiasa memuatnaik perkembangan terbaharu mengenai Zara sejak kematiannya hampir setiap hari sehingga kepada inkues yang dijalankan di Mahkamah di Sabah.

Ramai yang terkejut apabila mengetahui Marhamah dilantik sebagai Timbalan Menteri dan berharap agar beliau dapat menggalas jawatan yang diberikan dengan sebaiknya. – 16 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related