◉ HEADLINES

‘Saya pilih berehat, Insya-Allah akan tunaikan umrah’: Mohd Na’im

Rombakan Kabinet kedua Kerajaan Perpaduan tamatkan khidmat Mohd Na’im

12:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pagi ini meluangkan masa buat kali terakhir untuk menyantuni warga kementerian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau yang tiba kira-kira jam 8.20 pagi di Kompleks Islam di sini, disambut oleh pegawai serta kakitangan agensi termasuk Setiausaha Politiknya Dr Muhamad Razak Idris, meluangkan masa kira-kira dua jam bersama warga kementerian.

Ketika ditemui media, Mohd Na’im berkata beliau tidak mempunyai sebarang perancangan dalam masa terdekat dan memilih untuk berehat terlebih dahulu.

“Insya-Allah, saya akan berangkat menunaikan umrah dalam masa terdekat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan rombakan Kabinet kali kedua Kerajaan Perpaduan, yang menyaksikan beberapa perubahan portfolio termasuk jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Mohd Na’im. 58, yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 2 Dis 2022, memegang jawatan itu selama kira-kira tiga tahun. – 17 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related