◉ HEADLINES

Najib kekal di Kajang

Permohonan semakan kehakiman ditolak, bekas Perdana Menteri terus jalani hukuman sehingga 2028

10:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Hakim Datuk Alice Loke Yee Ching dalam keputusannya menyatakan bahawa afidavit dan hujahan yang dikemukakan tidak memadai untuk menyokong dakwaan berhubung kewujudan perintah tambahan bertarikh 29 Januari 2024.

Sehubungan itu, Yee Ching memutuskan bahawa Titah Adendum itu tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi maksud menjalani tahanan rumah di negara ini.

“Titah Adendum bukanlah satu perintah yang sah. Sehubungan itu perintah tahanan di rumah tidak boleh dilaksanakan,” katanya.

Dengan keputusan itu, Najib kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang sehingga tarikh pembebasan pada 23 Ogos 2028, atau 2029 sekiranya denda RM50 juta tidak dibayar.

Najib sebelum ini disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, sebelum dikurangkan kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta oleh Lembaga Pengampunan.

Keputusan hari ini menutup peluang Najib untuk menjalani hukuman di bawah tahanan rumah dan menegaskan bahawa beliau perlu terus kekal di penjara sehingga tamat tempoh hukuman.

Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Dalam semakan kehakiman itu, Najib memohon satu perintah mandamus supaya kerajaan melaksanakan titah itu dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya untuk meneruskan hukuman penjara di bawah tahanan rumah. – 22 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related