◉ HEADLINES

Graduan perubatan boleh guna gelaran ‘Dr’ : MMC

Sebelum ini penggunaan gelaran ‘doktor’ oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menjadi kontroversi apabila ada beberapa pihak mendakwa nama beliau tidak tersenarai sebagai Doktor yang sah menerusi carian di laman web MMC

8:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Graduan perubatan dibenarkan menggunakan gelaran ‘Dr’ sebagai tanda kelayakan akademik mereka meskipun tidak berdaftar sebagai seorang pengamal perubatan.

Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dalam kenyataannya berkata, gelaran ‘Dr’ juga bukan eksklusif kepada pengamal perubatan sahaja malahan ia turut digunakan oleh doktor pergigian, doktor veterinar serta pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang akademik.

“Bagaimanapun, penggunaan gelaran tersebut tidak memberi hak kepada individu tersebut untuk mengamal sebagai seorang pengamal perubatan di Malaysia.

“Kebenaran untuk mengamalkan perubatan adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Akta Perubatan 1971 dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya,’’ katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, penggunaan gelaran ‘doktor’ oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menjadi kontroversi apabila ada beberapa pihak mendakwa nama beliau tidak tersenarai sebagai Doktor yang sah menerusi carian di laman web MMC.

Ia termasuk dakwaan tidak wujud dalam daftar kedoktoran di Indonesia, tempat di mana beliau melanjutkan pelajaran.

Antara yang menyuarakan perkara berkenaan ialah Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) yang mahu isu itu ditangani berdasarkan fakta, dokumen dan kerangka undang-undang, bukan emosi atau kecenderungan politik.

Berdasarkan latar belakang beliau, Dr Taufiq, 29, yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkelulusan Ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Islam Bandung Indonesia.

Mengulas lanjut, MPM berkata, bagi graduan perubatan yang memperoleh kelayakan daripada program perubatan yang tidak tersenarai dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971, pertimbangan bagi tujuan pendaftaran untuk menjalankan amalan perubatan adalah tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan di bawah peruntukan undang-undang yang berkenaan, termasuk lulus peperiksaan yang ditetapkan serta menjalani latihan siswazah di hospital latihan siswazah yang diiktiraf di Malaysia.

“Sebagai prinsip umum, semua individu yang ingin mengamal perubatan di Malaysia hendaklah berdaftar dengan MPM dan memegang sijil Perakuan Amalan Tahunan (PAT) yang sah sebelum menjalankan sebarang bentuk amalan perubatan,’’ katanya.

Ia juga memaklumkan, orang awam digalakkan untuk membuat semakan status pendaftaran mana-mana pengamal perubatan melalui Medical Register Information and Technical System (MeRITS) di
merits.mmc.gov.my. – 24 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related