◉ HEADLINES

Pecat keahlian tiga Adun bukti PAS junjung prinsip, disiplin dan amanah: MB Perlis

Tindakan yang diambil oleh PAS Pusat membuktikan bahawa prinsip, disiplin dan amanah perjuangan sentiasa dijunjung tinggi, kata Mohd Shukri

11:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menyifatkan tindakan yang diambil oleh PAS Pusat yang menghentikan keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu sebagai membuktikan prinsip, disiplin dan amanah perjuangan yang sentiasa dijunjung tinggi.

Shukri turut menganggap setiap perkara yang berlaku itu mempunyai hikmahnya.

“Alhamdulillah, setiap perkara ada hikmahnya.

“Tindakan yang diambil oleh PAS Pusat membuktikan bahawa prinsip, disiplin dan amanah perjuangan sentiasa dijunjung tinggi. Semoga Allah bantu dengan kebaikan dunia dan akhirat,’’ katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Malam tadi, presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya tiga Adun PAS di Perlis, diisytiharkan terhenti keahlian mereka serta-merta sebagai ahli parti itu berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).

Mereka ialah Adun Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

“PAS akan memaklumkan ketetapan ini secara rasmi kepada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta,” katanya.

Sebelum ini, Adun Perikatan Nasional (PN) di Perlis didakwa telah bertemu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dengan majoriti, untuk menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

Shukri dalam pada itu, yang dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami sakit dada sebaik kembali daripada urusan di luar negara telah dibenarkan keluar petang semalam. – 25 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related