◉ HEADLINES

PM arah titi gantung runtuh di Kuala Krai diganti segera

Kerja-kerja penggantian jambatan ini akan dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

8:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan peruntukan disediakan bagi menggantikan titi gantung yang runtuh di Lata Rek, Kuala Krai semalam hingga mengakibat beberapa orang awam cedera.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan memberitahu, Anwar turut melahirkan simpati dan keprihatinan mendalam kepada lebih 50 mangsa yang terlibat dalam kejadian itu, khususnya pasangan pengantin dan keluarga yang diuji dengan musibah.

Semalam, tular di media sosial suasana meriah majlis perkahwinan sepasang pengantin bertukar cemas apabila titi gantung yang dilalui tetamu mereka tiba-tiba runtuh menyebabkan lebih 50 orang terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai di Lata Rek.

PMO berkata, runtuhan itu turut menjejaskan akses harian penduduk sekitar Kampung Pasir Jering, Dusun Ban, Dusun Bunut dan Kampung Batu Pagar.

“Perdana Menteri telah mengarahkan agar peruntukan disediakan bagi menggantikan jambatan berkenaan segera demi keselamatan dan kemudahan rakyat.

“Kerja-kerja penggantian jambatan ini akan dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi memastikan tindakan pantas, berkesan serta menjamin keselamatan dan akses penduduk setempat,’’ katanya. – 2 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related